Aish..,rasa mcm lambat pulak, walaubagaimana pun selamat hari pekerja kepada semua pekerja-pekerja di seluruh dunia. Carilah rezeki yang halal, lakukan dengan rajin dan jujur.
Dah terlanjur bercakap dengan hari pekerja ini. Entri kali ini akan dibincangkan pasal pekerjaan dan pekerja. Macam bosan je.
Tapi tidak mengapa kerana entri kali ini hanya sebagai nasihat je. Lebih ditujukan kepada para graduan ataupun yang baru je lepas habis belajar.
Hmm.....setiap tahun ada beribu-ribu yang akan menamatkan pelajaran mereka. Akan tetapi ada beribu-ribu juga yang akan mejadi penganggur yang berjaya. Ops..kebanyakan lepasan diploma atau degree, ini kerana mereka yang lepasan SPM sibuk mencari kerja walaupun apa jenis pun. Yang penting halal.
Ini lah hakikat, tetapi kenapa ini terjadi. Kebanyakan graduan di Malaysia terlalu memilih pekerjaan mereka. Jika sesorang itu belajar dalam bidang IT ataupun Elektrik, mereka akan mencari pekerjaan yang yang sama dengan bidang mereka ambik. Tidak salah, cuma ia akan mengambil masa yang agak lama.
Cuba pekerjaan yang senang untuk diterima sementara itu mencari pekerjaan yang sesuai. Ini tidak membazirkn masa kita. Dan setiap pelajar akan menanggung hutang belajar yang belajar (bagi yang membuat pinjaman).
Kita jangan terlalu malu dengan kata-kata orang lain. Selagi rezeki kita diterima tuhan dan tidak melanggar undang-undang, kita buat sahaja.
Kos hidup di Malaysia makin tinggi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan